SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN PAYA BESAR

SEJARAH PENUBUHAN SRIAAPB

SRI Al-Amin Paya Besar ditubuhkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia cawangan Pahang pada tahun 2013. Sekolah ini telah berdaftar di bawah Pendidikan IKRAM Musleh (PIM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP).

2013

LANGKAH BERMULA (2013)

SRI Al-Amin Paya Besar mula beroperasi pada 1 Januari 2013 dengan 25 orang murid dan 4 orang guru. Sebuah lot bangunan rumah kedai tiga tingkat digunakan sebagai pusat aktiviti sekolah yang terletak di - B14 Lorong Seri Damai Perdana 5, Batu 6, Jalan Gambang-Kuantan, 25150 Kuantan, Pahang

2014

PERKEMBANGAN TAHUN 2014

SRI Al-Amin Paya Besar kemudiannya beroperasi dengan 2 (dua) lot rumah kedai 3 (tiga) tingkat. Bilangan murid bertambah kepada 80 murid dengan 8 orang guru dan 3 orang guru transit.

2015

PERKEMBANGAN TAHUN 2015

SRI Al-Amin Paya Besar kemudiannya menambah lagi satu (1) lot kedai 3 (tiga) tingkat. Bilangan murid bertambah kepada 145 murid dengan 14 orang guru, seorang pegawai tadbir dan seorang pekerja am.

Kini

KINI (2015 - Sekarang)

Berpindah ke blok sendiri yang dibina di tanah wakaf pada Disember 2015. Menerima dana hampir RM 1.5 juta hasil derma orang ramai, pinjaman bank & individu.