SEJARAH PENUBUHAN SMIAAPB

Sekolah Menengah Islam Al-Amin Paya Besar (SMIAAPB) telah ditubuhkan oleh pertubuhan IKRAM Malaysia cawangan Pahang.

Pembinaan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Paya Besar (SMIAAPB) dimulakan atas inisiatif pasukan penaja yang terdiri daripada gabungan minda kreatif, pemikir strategik dalam pendidikan, serta tokoh industri yang komited untuk memacu hala tuju sekolah ke tahap baharu.

Pembukaan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Paya Besar (SMIAAPB) telah melengkapkan ekosistem bersepadu institusi pendidikan Al-Amin Pahang yang merangkumi Tadika Permata Hidayah (TPH), Sekolah Rendah Islam Al-Amin Paya Besar (SRIAAPB), dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Paya Besar (SMIAAPB).

SMIAAPB telah beroperasi secara rasmi pada 17 Febuari 2025 (18 Syaban 1446 hijrah) diatas tanah bersebelahan dengan SRIAAPB dan TPH dengan kemasukan kumpulan pertama pelajar tingkatan satu bagi sesi akademik 2025/2026

Mengapa SMIAAPB Perlu Ditubuhkan?​

4 GENERASI SRIAAPB BERLALU

Tiada kesinambungan bagi para pelajar lepasan SRIAAPB untuk meneruskan pendidikan sekolah menengah islam dibawah kelolaan Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) di dalam negeri Pahang.

IBU BAPA TERBEBAN

Ibu bapa yang mencari sistem pendidikan kelolaan Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), terpaksa menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru atau Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman

Tapak SMIAAPB

Tapak SMIAAPB ini bersebelahan dgn TPH dan SRIAAPB

Garis Masa Pembangunan SMIAAPB

KERJA PEMBERSIHAN TANAH (Jun 2024)

KERJA PENYIASATAN TANAH (Jun 2024)

KERJA PENAMBAKAN TANAH (Julai 2024)

KERJA PEMENDAPAN TANAH (Ogos – Oktober 2024)

KERJA PEMBINAAN FASA 2A (Oktober 2024 – Januari 2025)

KERJA PEMBINAAN FASA 2B (Januari – Febuari 2025)

Model 3D SMIAAPB

Model 3d perancangan pembangunan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Paya Besar (SMIAAPB). Kompleks pembangunan ini dianggar menelan belanja sebanyak RM5.1 juta yang akan siap sepenuhnya pada tahun 2030.